RANCANGAN MENGAJAR


RANCANGAN MENGAJAR
Nama Kelas                                 : Cinta Qalisha
Bilangan Murid                           :18 /  20 Orang Murid
Umur                                            : 5 Tahun
Minggu & Hari                            : 9 &Rabu
Tarikh                                          : 1 Mac 2012
Masa                                            : 35 Minit ( 8.20pagi  – 8.55pagi )
Tema                                            : Alam Bahan ( Pekerjaan tidak beruniform)
Tunjang Utama                           : Tunjang Sains Dan Teknologi ( ST) ( Awal Sains)
Tunjang yang disepadukan        : Tunjang Komunikasi ( Bahasa Malaysia)
Standard pembelajaran utama   :
(ST 2.3.8) Membandingkan dan mengumpul objek mengikut ciri yang dikenalpasti contoh pekerjaan tidak beruniform seperti pelukis + berus, pekebun + cangkul, tukang masak + sudip + kuali.

Standard pembelajaran disepadukan :
( BM 1.1.7 )Mendengar arahan dan memberi respons.

 Objektif pembelajaran : Di akhir pembelajaran murid boleh :
i) Membanding dan mengumpul objek mengikut ciri yang dikenalpasti seperti pelukis + berus, pekebun + cangkul dan tukang masak + sudip + kuali.
ii) Mendengar arahan dan memberi respons dalam aktiviti ‘siapa saya’.
iii) Mewarnakan gambar dalam ruang tertentu dalam lembaran kerja contoh seperti gambar pelukis.

Pengetahuan sedia adaMurid sudah mengenali beberapa perkerjaan tidak beruniform seperti guru.


Alat Bantu Mengajar (ABM) : Apron, sudip, kuali, LCD, Blog gambar-gambar pekerjaan tidak beruniform, kad teka-teki, lembaran kerja.

Penerapan Nilai : Semangat, memberi perhatian, kerjasama, ketekunan.

KBKK : Menjana idea.



RANCANGAN MENGAJAR


Langkah /
Masa
Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
                  
Set Induksi
(5 Minit)
  •            Guru masuk ke dalam kelas sambil memakai pakaian tukang masak beserta apron dan membawa sudip dan kuali menggayakannya di dalam kelas.
  •            Guru menerangkan tentang pembelajaran pada hari ini mengenai pekerjaan tidak beruniform.
  •            Guru bertanya kepada murid apakah pakaian yang guru pakai ini.
  •            Murid teruja dan tertanya- tanya sesama sendiri apakah yang dilakukan oleh guru mereka.
  •            Murid menjawab pakaian untuk orang memasak.
  •            Murid mendengar penjelasan yang diberikan pada hari ini mengenai pekerjaan tidak beruniform.
ABM: Pakaian memasak, sudip, kuali dan apron.

Objektif : --

Nilai : Semangat, memberi perhatian.

KBKK : menjana idea.



Langkah
 1
 (10minit)
  •            Guru menggunakan blog untuk menayangkan gambar-gambar pekerjaan tidak beruniform kepada murid- murid dan memulakan pengajarannya.
  •            Guru mengajar murid mengeja pekerjaan tidak beruniform dengan menggunakan blog.
  •            Setelah itu, berpandukan gambar di dalam blog, guru menyuruh murid melihat gambar untuk membanding dan mengumpul ciri-ciri yang dikenalpasti.
Contoh :
Pelukis
+
Berus, warna.
Tukang masak
+ sudip, kuali.
  •            Murid merasa seronok guru menggunakan blog untuk menayangkan gambar-gambar pekerjaan tidak beruniform kepada murid-murid dan memulakan pembelajaran.
  •            Murid mengeja pekerjaan tidak beruniform dengan menggunakan blog dengan bimbingan guru.
  •            Murid melihat gambar di dalam blog untuk membandingkan dan mengumpul ciri yang dikenalpasti.
Contoh :
Pelukis
+
Berus, warna
Tukang masak
+
Sudip, kuali.
ABM : LCD, Blog gambar-gambar pekerjaan tidak beruniform.

Objektif : ( i )

Nilai:Kerjasama, Semangat, Memberi perhatian.

KBKK:Menjana idea.



















Langkah 
2
(10minit)
  •            Guru membahagikan murid kepada 2 kumpulan.
  •           Guru menerangkan cara permainan tersebut kepada murid.
i) 2 pelajar dari kumpulan A hendaklah memilih sekeping kad berwarna.
ii) Guru akan membuka dan membaca isi kad tersebut.
ii) Salah seorang pelajar hendaklah meneka dan tampil kehadapan dan mencari gambar tersebut dengan menggunakan blog.
iv) Jika betul kumpulan tersebut akan menerima bintang. Kumpulan yang mempunyai banyak bintang akan dikira pemenang.
  •            Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan.
  •            Murid mendengar penerangan guru tentang permainan tersebut.
ABM : Kad teka teki, LCD, Blog gambar.

Objektif : (ii)

Nilai: Kerjasama.

KBKK :Menjana idea.


Langkah 
3
(5 Minit)
  •           Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.          
  •      Guru menerangkan lembaran kerja tersebut kepada murid.
  •           Guru memerhati dan memberi tunjuk ajar kepada murid.
  •         Murid menerima lembaran kerja yang diberikan oleh guru.
  •          Murid membuat lembaran kerja yang diberikan oleh guru.
  •           Murid menerima tunjuk ajar oleh guru sambil diperhati oleh guru.
ABM : Lembaran kerja.

Objektif : (iii)

Nilai : Memberi perhatian, ketekunan.

KBKK : Menjana idea.



Penutup
(5 Minit)
  •         Guru bersoal jawab dengan mengenai pengajaran dan pembelajaran pada hari dan mengulasnya mengenai pekerjaan tidak beruniform.
  •           Guru memberi teka- teki kepada murid.
Contoh soalan : saya menggunakan piano untuk bermain alat muzik.
Siapakah saya ?
Contoh : saya menggunakan computer untuk membuat kerja.
Siapakah saya ?
  •          Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru dengan mendengar pengulasan yang diberikan oleh guru tentang pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.
  •          Murid menjawab teka teki guru.
Contoh : jawapannya pemain alat muzik.
Contoh : jawapannya kerani.

ABM: Kad teka teki.

Objektif : (i), (ii)

Nilai : Ketekuanan, memberi perhatian dan kerjasama.

KBKK : menjana idea.

Impak : 18 daripada 20 orang murid dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Manakala 2 orang daripada mereka tidak dapat mencapai objektif disebabkan mereka tidak hadir dan akan diberikan latihan tambahan mengenai pekerjaan tidak beruniform pada hari seterusnya.





No comments:

Post a Comment